Sunday, 24 June 2012
Life Begins at 40
1. Semalam 23 jun 2012, genaplah usia saya 40 tahun.
2. Life begins at 40? Betul ke? Sebenarnya hidup bermula seawal2 dari dalam rahim ibu lagi. Mana mungkin kita hanya mulakan 40 thn selepas itu.
3. Melihat balik ke belakang, ada byk perkara yg ingin saya perbetulkan. Tapi apakan daya, saya hanyalah manusia biasa sahaja.
4. Memandang ke hadapan, saya tahu sejarah apa yg saya tidak mahu ulang dan sejarah apa yang perlu saya cipta. Bukan untuk meninggalkan nama, tapi utk kepuasan diri.
5. Pencapaian hidup saya biasa2 aje. Saya berjaya melahirkan 5 orang anak. Fatin Najihah (17 thn), Puteri Nur Idham (15 thn), Muhammad Uwais (14 thn), Adam (12 thn) dan Kaseh Nadine Nabilah (2 thn).
6. InsyaAllah saya akan menghabiskan baki sebulan ini utk menghabiskan pengajian saya di peringkat master.
7. Saya seperti juga anda semua, sedang dalam perjalanan berpindah ke alam yg kekal abadi. Saya menghabiskan sisa2 hidup saya ini untuk melengkapkan bekalan saya. Semoga Allah sentiasa memberi saya petunjuk.
8. Dapatlah saya harapnya menjadi isteri yang baik, ibu yang menjadi contoh dan manusia yang sentiasa memberi.
9. Saya bersyukur dikurniakan suami dan anak2 yang baik. Malu utk saya meminta Allah menambah lagi kebahagiaan saya.
10. Semoga kehidupan saya menyenangkan orang di sekeliling saya.
11. Al Fatihah untuk mak saya. Semoga Allah menghitung segala kebaikan saya untuk mak juga.
Regards,
Liz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment