Tuesday, 25 December 2012

HOSPITAL IPOH

Saya di Hospital Ipoh. Not a very good place to be kan! 
Di hospital ni ada mcm2 pengajaran yg blh diambil.


Pertama: Bukan semua doktor mahu jadi 'doktor'


Kedua: Walaupun anda ramai anak, ada besar kemungkinannya waktu sakit, anak2 yang ramai ni tetiba aje tak ada.


Ketiga: Jagalah kesihatan anda sekarang. Jika perlu puasa utk sihat, puasalah. Kesihatan anda akan menentukan tahap kebergantungan anda.

Keempat: Ramai isteri yang baik jaga suami dgn sabar dan penuh kasih sayang (antaranya adalah saya)

Kelima: Saya jumpa dua orang anak lelaki yang menjaga ayahnya yang uzur dgn sabar dan berhemah. Dua2 tidur duduk shj mlm tadi utk jaga ayahnya. Semoga Allah mengurniakan syurga kepada anak lelaki ni. Sejuk perut saya melihat mereka berdua.

Keenam: Ada ramai org yang susah menunggu kaum keluarga di hospital. Mereka tdak makan dgn menentu dan juga tiada simpanan utk menampung perbelanjaan di hospital.

Ketujuh: Persediaan utk menjaga kaum keluarga yang sakit adalah perlu. Dari segi fizikal, mental dan kewangan.

Kelapan: Semua pesakit memerlukan perhatian terutamanya dari ahli keluarga terdekat.

Kesembilan: Toilet di hospital tidak begitu indah.

Kesepuluh: Bawalah buku utk dibaca, kerana hospital tidak menyediakan aktiviti yang menarik utk pesakit dan penunggu pesakit.

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment