2. Jika kerajaan sengaja menganiyai rakyat di atas dasar mereka tidak tahu mentadbir wang negara, saya berserah kepada Allah.
3. Berserah kepada Allah bukan bermakna saya redha dipermainkan tetapi lebih kepada saya mahu menggunakan daya pemikiran dan kederat yang ada untuk berusaha memperbaiki kehidupan hidup saya sendiri.
4. Saya menyusun pelan penyesuaian.
5. Peruntukan petrol saya tetap sama. Saya tidak akan menambah peruntukan petrol. Makanya, saya perlu mengurangkan jarak perjalanan kedua2 kereta saya.
6. Penyesuaian yang akan dibuat:
- Ke pasar hanya 2 kali sebulan (sebelum ini 3 kali). Selain menjimatkan wang pasar, saya akan lebih merancang menu makanan. Penjimatan lebih kurang RM150.
- Hanya memandu untuk ke tempat yang tiada pengangkutan awam sahaja. Jika ada meeting pukul 10 pagi di sekitar kawasan yang ada kemudahan LRT, akan keluar awal untuk naik LRT. Kereta akan diparking dengan bayaran RM2. Penjimatan sebanyak RM100.
- Makan di luar dengan budget yang kurang 30% daripada sebelumnya. Sebelum ini budget makan di luar untuk sekeluarga adalah RM200. Sekarang hanya RM140 sahaja. Penjimatan RM60.
- Membawa air kosong keluar rumah. Menjimatkan pembelian air mineral. Penjimatan RM50.
- Membekalkan anak-anak makanan untuk ke sekolah. Penjimatan RM60.
- Hidup biasa2 sahaja tanpa Astro, tanpa data plan utk ipad, bercuti hanya dalam negara, pakaian sederhana, kereta sederhana dan perhiasan rumah serta diri yang sederhana.
- Bersedekahlah dengan lebih banyak.
7. Pilihan sekarang di tangan anda. Jom berjimat.
No comments:
Post a Comment