Monday, 23 December 2013

Berhenti Mengadu, Ambil Tindakan!

Saya biasa berada di dalam persekitaran yang mana terlalu banyak aduan yang terpaksa saya didengar.

Pada pandangan saya, anda juga kadangkala berada di persekitaran yang sama.

1. Memang ramai orang yang memang mempunyai tabiat semulajadi mengadu dan mengadu serta mengadu. Hampir separuh hari siangnya dihabiskan dengan mengadu pelbagai perkara.
2. Aduan ini boleh dikategorikan kepada beberapa perkara. Aduan mengenai kerjaya, pasangan hidup, anak-anak, saudara mara, politik, persekitaran, jiran, pengguna jalan raya dan sebagainya.
3. Aduan ini kadangkala tiada penghujungnya. Anda yang mendengar tiada daya untuk berbuat apa-apa pada perkara yang diadukan.
4. Sebagai contoh, jika rakan mengadu tentang ketidakadilan di tempat kerja, bagaimanakah anda sebagai pendengar boleh membantu? Kerana mendengar sahaja kadangkala tidak mencukupi. Anda perlu juga memberi maklumbalas. Maklumbalas yang bagaimana yang boleh anda berikan jika anda tidak mendapat latihan khas untuk memberi maklumbalas.
5. Jika sekadar menyuruh bersabar, pihak yang mengadu akan menyatakan yang dia telah puas bersabar.
6. Anda terus mati akal dan berasa lemas dengan segala aduan lagi. Aduan yang sama akan berterusan untuk anda dengar selagi anda mengenali si pengadu.

Cadangan saya:

1. Anda perlu memberitahu pengadu bahawa mereka perlu bertindak. Jika ada masalah dengan pasangan, perlu beritahu pasangan. Jika ada masalah dengan rakan sekerja, perlu beritahu rakan sekerja. Complain to the right person.
Jika pengadu tidak mahu bertindak, minta mereka berhenti mengadu.
2. Berhenti mendengar. Jika pengadu tidak mahu bertindak, anda berhenti mendengar. Mendengar aduan meletihkan dan menghilangkan motivasi kerana anda biasanya akan dibawa emosi bersama pengadu.
3. Jika pengadu masih mahu mengadu, minta mereka berjumpa kaunselor ataupun orang2 lain yang mempunyai kepakaran mendengar dan membantu pengadu bertindak.
4. Jika pengadu masih enggan, anda berdoalah supaya Allah mudahkan hidupnya.

Sekian, harap maklum.


Sunday, 22 December 2013

Bila Nak Mati?

Soalan ini belum pernah ditanyakan kepada saya lagi oleh sesiapapun.

Namun, apa berlaku agaknya jika ada yang bertanyakan soalan ini?

Saya akan berkecil hati. 'Sampai hati tanya soalan macam tu', mungkin itulah kata saya selepas ditanyakan soalan ini.

Jika yang bertanyakan adalah orang yang rapat dan dekat, mau menangis dibuatnya. Mungkin juga putus persahabatan atau persaudaraan.

Mungkin bertumbuk jika yang ditanya lelaki dan yang bertanya juga lelaki. 'Kurang ajar!' kata pihak yang ditanya. Tak ada soalan lain ke?

Siapa yang menetapkan atau mengajar kita bahawa soalan 'Bila Nak Mati' ini sensitif dan tidak boleh ditanya? Dalam ingatan saya belum ada sesiapa yang mengajar saya tentang ketidaksesuaian soalan ini.

Tetapi jika dikaji balik soalan ini adalah tepat. Memang semua orang akan mati cuma tak tahu bila sahaja. Walaupun cerita TV mengajar kita bahawa pesakit cancer contohnya mengetahui tarikh kematian mereka, namun ianya hanya tekaan doktor sahaja. Doktor bukan Allah. Doktor hanya mengagak tetapi bukan penentu kematian. Detik kematian adalah rahsia Allah.

Namun yang pastinya  adalah soalan mati adalah senstif untuk semua orang.

Cuba fikirkan soalan lain pula.


  1. 'Bila nak kahwin?'
  2. 'Bila nak ada anak ni?'
  3. 'Bila nak terima menantu?'
  4. 'Bila nak timang cucu?'


Semua soalan di atas juga sensitif. Tidak  semestinya dewasa aje, Allah tetapkan ada jodoh. Ada yang sehingga ke hujung nyawa, tiada jodoh untuknya.

Tidak semestinya kahwin, Allah tetapkan akan ada anak. Begitu ramai pasangan yang kahwin tetapi tidak mempunyai anak. Allah menetapkan rezeki anak tiada dalam perkahwinannya.

Tidak semestinya ada anak, akan terima menantu.

Tidak semestinya ada menantu akan ada cucu.

Makanya keempat-empat soalan di atas lebih kurang sesuai ditanya berbanding dengan soalan 'Bila Nak Mati?'

Soalan2 di atas tidak boleh dijawap kerana tiada pengetahuan tentang akan adanya jodoh, adanya anak, adanya menantu dan adanya cucu.

Tetapi soalan tentang 'Bila Nak Mati?' Lebih mudah dijawap dengan penuh keyakinan... 'Saya Pasti Akan Mati. Terima kasih kerana mengingatkan'....

So, Bila Nak Mati?

Love,

LIZ...


Tuesday, 17 December 2013

10 Tips Untuk Menyimpan RM10,000.00 pada tahun 2014.

Assalammualaikum,

cara2 untuk menyimpan RM10,000 pada tahun 2014.

1. Jimatkan RM50 daripada bil bulanan telefon anda.
RM50 X 12 = RM600.00

2. Jimatkan bil elektrik dan bil air sebanyak RM50 sebulan.
RM50 X 12 = RM600.00

3. Jimatkan petrol sebanyak RM70 sebulan.
RM70 X 12 = RM840.00

4. Jimatkan makan di luar sebanyak RM100 sebulan.
RM100 X 12 = RM1,200.00

5. Puasa hari Isnin dan Khamis setiap minggu. 
Penjimatan RM15 X 2 = RM30 seminggu.
RM30 X 4 = RM120 sebulan
RM120 X 12 = RM1,440.00 setahun

6. Jadikan sehari hari tanpa belanja setiap bulan. 
Penjimatan RM50
RM50 X 12 = RM600.00

7. Membaca suratkhabar online setiap hari.
RM1.20 X 365 hari = RM438.00

8. Membawa bekalan air kosong setiap hari.
RM1.50 X 365 hari = RM547.50

9. Berhenti merokok.
RM10 X 365 hari = RM3,650.00
(if applicable)

10. Berhenti membeli majalah.
RM7.00 X 12 bulan = RM84.00

Jumlah keseluruhan penjimatan yang boleh dijadikan simpanan adalah RM9999.50 sen. Tambahlah lagi RM0.50.

Selamat Menyimpan!!!

Projek KASEH4U

Bismillahirahmanirahim

Projek KASEH4U

KASEH4U adalah projek  yang digerakkan oleh sukarelawan untuk memberi makanan, roti  dan minuman kepada warga gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.  Makanan diedarkan di Lorong bersebelahan Tune Hotel, Jalan Sultan Ismail setiap hari Selasa sepanjang bulan pada jam 9.00 mlm. Makanan dimasak sendiri oleh sukarelawan untuk menjamin kebersihan dan juga penjimatan kos.

Perbelanjaan untuk penyediaan makanan, roti dan minuman dibiayai sepenuhnya oleh penderma. Bilangan warga gelandangan yang akan datang mengambil makanan adalah lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua. Kos untuk membiayai projek ini adalah sebanyak RM4.00 seorang. Kos keseluruhan projek pada satu masa adalah lebih kurang RM800.00.

Jika pihak tuan/puan ingin menyumbang kepada projek ini,  butiran akaun adalah seperti yang tertera.
Bank Penerima: Maybank
Nama Pemegang Akaun: Normaliza Bt Mahadi
No Akaun: 5660 1010 2670.
No Tel untuk dihubungi:  +6019 6646038



Ini adalah gambar-gambar projek ke3 KASEH4U. Sukarelawan sedang membahagikan makanan dan minuman kepada warga gelandangan.


Antara sukarelawan yang terlibat.


Saya bersama dermawan dan sukarelawan yang lain.

Memohon rakan-rakan terus2an mendoakan agar projek ini dapat berjalan sehingga hayat dikandung badan.