Sunday, 22 December 2013

Bila Nak Mati?

Soalan ini belum pernah ditanyakan kepada saya lagi oleh sesiapapun.

Namun, apa berlaku agaknya jika ada yang bertanyakan soalan ini?

Saya akan berkecil hati. 'Sampai hati tanya soalan macam tu', mungkin itulah kata saya selepas ditanyakan soalan ini.

Jika yang bertanyakan adalah orang yang rapat dan dekat, mau menangis dibuatnya. Mungkin juga putus persahabatan atau persaudaraan.

Mungkin bertumbuk jika yang ditanya lelaki dan yang bertanya juga lelaki. 'Kurang ajar!' kata pihak yang ditanya. Tak ada soalan lain ke?

Siapa yang menetapkan atau mengajar kita bahawa soalan 'Bila Nak Mati' ini sensitif dan tidak boleh ditanya? Dalam ingatan saya belum ada sesiapa yang mengajar saya tentang ketidaksesuaian soalan ini.

Tetapi jika dikaji balik soalan ini adalah tepat. Memang semua orang akan mati cuma tak tahu bila sahaja. Walaupun cerita TV mengajar kita bahawa pesakit cancer contohnya mengetahui tarikh kematian mereka, namun ianya hanya tekaan doktor sahaja. Doktor bukan Allah. Doktor hanya mengagak tetapi bukan penentu kematian. Detik kematian adalah rahsia Allah.

Namun yang pastinya  adalah soalan mati adalah senstif untuk semua orang.

Cuba fikirkan soalan lain pula.


  1. 'Bila nak kahwin?'
  2. 'Bila nak ada anak ni?'
  3. 'Bila nak terima menantu?'
  4. 'Bila nak timang cucu?'


Semua soalan di atas juga sensitif. Tidak  semestinya dewasa aje, Allah tetapkan ada jodoh. Ada yang sehingga ke hujung nyawa, tiada jodoh untuknya.

Tidak semestinya kahwin, Allah tetapkan akan ada anak. Begitu ramai pasangan yang kahwin tetapi tidak mempunyai anak. Allah menetapkan rezeki anak tiada dalam perkahwinannya.

Tidak semestinya ada anak, akan terima menantu.

Tidak semestinya ada menantu akan ada cucu.

Makanya keempat-empat soalan di atas lebih kurang sesuai ditanya berbanding dengan soalan 'Bila Nak Mati?'

Soalan2 di atas tidak boleh dijawap kerana tiada pengetahuan tentang akan adanya jodoh, adanya anak, adanya menantu dan adanya cucu.

Tetapi soalan tentang 'Bila Nak Mati?' Lebih mudah dijawap dengan penuh keyakinan... 'Saya Pasti Akan Mati. Terima kasih kerana mengingatkan'....

So, Bila Nak Mati?

Love,

LIZ...


No comments:

Post a Comment