Sebagai kaunselor keluarga inilah pemerhatian saya tentang penderaan isteri. Saya mendapat sekurang2nya 10 kes dalam setahun. Jika dilihat daripada segi statistik, jumlah ini tidak ramai. Namun, saya yakin ada 1001 kes lagi yang tidak direkodkan.
Pengalaman saya membantu isteri terdera membuatkan saya membuat kesimpulan ini
1. Kebanyakkan isteri yang terdera menganggap suami akan berubah. Ini adalah kerana selepas suami memukul dan mencederakan isteri, suami ini akan memohon maaf, berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan memberitahu isteri beliau menyesal serta akan berubah. Walaupun setelah 20 tahun tiada perubahan, isteri masih mengharap suami berubah.
2. Ada isteri yang merasakan pukulan suami itu adalah disebabkan salah diri sendiri.
- Kalaulah aku tak cakap mcm ni tadi mesti tak kena pukul
- Kalau aku masak cepat sikit tadi mesti tak jadi macam ni
- Kalau aku diam aje, tentulah suami aku tak naik angin
3. Segelintir isteri yang terdera tidak nampak jalan keluar pada permasalah ini kecuali bercerai. Oleh kerana isteri tidak mahu bercerai maka isteri mengambil jalan untuk tidak menyelesaikan masalah ini.
4. Isteri malu mahu meminta bantuan kerana isteri yang terdera mempunyai status buruk dalam masyarakat. Kebanyakkan kes, isteri yang akan dipersalahkan bukan suami. Ini menyebabkan suami naik tocang dan isteri terus pasrah.
5. Untuk berubah, isteri tidak mendapat nasihat yang betul. Ini adalah kerana rakan2 atau saudara mara yang tahu akan hanya melayan isi hati mangsa tanpa memberi solution kepada masalah. Mereka tidak dilatih untuk membantu, hanya dilatih untuk mendengar,
6. Kumpulan sokongan ada tetapi tidak mencukupi. Ini menyebabkan sesiapa yang memerlukan bantuan tidak tahu ke mana arah tujuan mereka. Kumpulan sokongan yang ada hanya tertumpu pada bandar dan tempat tertentu sahaja.
7. Ada keluarga isteri yang lebih rela anak perempuan mereka menjadi mangsa dera suami daripada menjadi janda. Janda lebih buruk statusnya daripada mangsa dera. Makanya keluarga akan menyuruh isteri bersabar.
8. Masyarakat kita lebih banyak berbincang kekurangan isteri tetapi tidak kerap berbincang mengenai penaiktaraf lelaki. Makanya lelaki selalu rasa mereka hebat dan wanita yang perlu berubah. Kalau dalam facebook, macam-macam tips untuk isteri jadi isteri mithali tetapi kurang tips untuk suami. Banyak program perkembangan diri wanita tetapi lelaki hanya dijemput sebagai penceramah.
9. Didikan anak2 oleh ibubapa juga banyak kesilapan. Contohnya anak2 perempuan kadangakala seperti hamba, kena tolong masak, basuh pinggan, hidangkan makanan, kemas rumah, jaga adik dan macam2 lagi. Anak lelaki macam raja dan terus jadi raja bila berkahwin. Raja yang sesuka hati boleh pukul isteri. Anak perempuan tidak diajar tentang hak mereka daripada kecil lagi. Bila dewasa mereka sendiri ragu2 tentang hak.
10. Kita tidak cukup dana segera untuk isteri yang teraniya. Dana segera ini penting untuk isteri membuat keputusan segera. Isteri tahu jika mahu meninggalkan perkahwinan, mereka akan dibantu dari A - Z.
11. Isu 'nusyuz' juga selalu dimanipulasi oleh pihak lelaki. Kalau isteri tinggalkan rumah, isteri akan hilang semua hak. Makanya, isteri terpaksa juga terus2an didera kerana takut tak dapat jumpa anak.
12. 1001 macam pemerhatian lagi,
Kesimpulannya tiada...
Tepuk dada tanya iman
Liz 2013.
No comments:
Post a Comment