Thursday, 29 August 2013

Dulu Vs Sekarang!

Dulu
Seluar dalam akan disidai di dalam bilik air atau jika diluar rumah akan disidai di bawah kain yang lebih besar agar tidak dilihat oleh orang lain. Memalukan jika orang lain nampak seluar dalam.

Sekarang
Seluar dalam disidai di ampaian.
Seluar dalam bukan rahsia, jika ketempat makan anda boleh lihat seluar dalam kebanyakkan orang kerana 'cawat' seluar yang singkat. Bila duduk, seluar dalam akan kelihatan.

Dulu
Bila beli tuala wanita akan dibungkus dlm suratkhabar. Walaupun orang lain akan tahu tetapi membungkusnya adalah lebih sopan. Satu dunia tak perlu tahu seseorang itu datang haid.

Sekarang
Tuala wanita dibeli dengan terbuka.
Saya periodlah. Kata seorang wanita sambil tersenyum manja.
Iklan tuala wanita dilakonkan dengan tuala wanita dicurahkan air berwarna biru.
Model berlari2 riang dgn message, tuala wanita ini sangat selesa.

Dulu
Kalau nak keluar dengan bf, kena sorok2 kerana takut dilihat oleh orang kampung. Akhirnya berbalas surat lebih mudah. Nak jumpa susah sangat.
Ayahpun garang, kalau dia tahu anak dia ada bf, habislah...

Sekarang
Ayah, nak duit. Nak datinglah....
Thanks ayah. Ayah sportinglah...

Dulu
Tali bra kalau nampak, adalah sesuatu yang memalukan. Mahu berhenti kerja kalau ada lelaki lain nampak.

Sekarang
Tali bra atau bra atau breast pun kalau orang tengok takpa.

Dulu
Orang yang berhijab, sentiasa jaga adab dan maruah.

Kini
Berhijab dan bercium atau berpegang2 tangan adalah perkara biasa.

Dulu
Hidup lebih aman. Berita rogol, bunuh, rompak macam tak pernah ada. Sesekali ada, rasa mcm tak percaya.

Sekarang
Kalau sehari tak ada berita rogol, bunuh, rompak macam tak percaya aje.

No comments:

Post a Comment