Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
1. Pengabaian Ibubapa adalah topik hangat diperbincangkan sepanjang zaman
2. Ibubapa yang mengabaikan anak akan menjadi tajuk utama perbincangan di setiap pelusuk tempat
3. Baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai penderaan kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun oleh ibu kandungnya dan terbaru seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan setelah ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya
4. Dan seperti biasa, ramailah yang marah kerana pada pendapat mereka ibu ini adalah ibu yang tidak bertanggungjawab
5. Mendera anak kandung adalah tidak boleh diterima sama sekali
6. Meninggalkan anak di dalam kereta dengan enjin yang dimatikan pula adalah kejam, tidak berperi kemanusiaan, melampau, patut dihukum dan macam-macam cadangan lagi yang diberikan oleh orang awam
7. Namun, menyedihkan jika masyarakat hanya melihat penderaan dan meninggalkan anak di dalam kereta sahaja sebagai pengabaian. Sedangkan ada 1001 macam pengabaian yang hanya dibiarkan sahaja
8. Banyak lagi pengabaian yang tidak dipandang serius oleh masyarakat.
9. Tidak mengajar anak mengenal agama
10. Menyuruh anak yang kecil ke kedai untuk membeli barang keperluan
11. Memukul, memaki dan menyumpah anak di atas kesalahan kecil
12. Tidak membentuk karektor anak menjadi manusia yang berguna
13. Meninggalkan anak yang kecil bersendirian di rumah tanpa pengawasan orang dewasa
14. Meminta anak-anak yang masih kecil untuk menjaga adik mereka
15. Membiarkan anak bermain dengan ipad sepanjang hari untuk memudahkan urusan ibubapa
16. Membiarkan anak menonton rancangan di television yang akan merosakkan konsep kehidupan mereka
17. Tidak mengajak anak bersolat sewaktu anak berusia 7 tahun
18. Membiarkan anak balik ke rumah pada waktu yang mereka sukai sesuka hati anak
19. Tidak hadir ke sekolah apabila anak menerima kad laporan atas alasan sibuk
20. Tidak mengajar anak berkomunikasi dengan orang lain menyebabkan anak tidak tahu cara berkomunikasi yang betul
21. Mengalakkan anak menyertai program maksiat yang sudah tentunya menjauhkan anak daripada Allah
22. Dan 1001 macam pengabaian lagi
No comments:
Post a Comment