https://www.facebook.com/KASEHFruitCake
- Buat masa ini 19 Sept 2013 page ini hanya mendapat 62 likes sejak dilancarkan semalam.
- Selepas melancarkan page tersebut, saya mendapat tempahan kek sebanyak 4.5 kg daripada 4 orang kenalan. Not bad ya.
- Kek buah pertama saya dibuat pada 8 Sept 2013.
- Selepas itu, saya mula merangka keperluan saya.
- Saya memerlukan pengukus bertingkat, papan untuk meletak kek, bekas kek dan bermacam lagi. Hampir ke kedai peralatan kek setiap hari untuk mengemaskini peralatan.
- Saya bernasib baik kerana mempunyai seorang kawan baker yang menyebabkan kedai peralatan kek bukanlah kedai yang asing untuk saya. Kebanyakkan peralatan saya telah ada.
- Dan hampir setiap hari juga saya perlu membuat kek ini untuk familiar dengan cara ukusan yang paling betul.
- Sejak daripada itu, saya telah membuat lebih kurang lebih kurang 9 adunan kek. 4 adunan reject kerana pahit. Akibat terlalu lama memasak gula. Pengajarannya sangat berguna. Selepas ini saya akan memasak berpandukan masa.
- Ada adunan yang reject sebab pahit dan ada juga adunan yang elok tapi bila masak melekat pada aluminium foil yang digunakan untuk menutup bekas. Makanya kek tak cantik.
- Kek yang reject bagaimanapun adalah guru yang berharga.
- Selepas 9 adunan, barulah adunan seterusnya dapat dijual.
- Pembeli pertama saya adalah Haslinda Alias (Bakers yang berjaya)
- Pembeli pertama online saya adalah Husna (rakan lama belajar sama2 di ITM dulu)
- Pembeli ketiga dan keempat adalah Kak Moni dan Kak Mira (Kedua ni adalah Bakers yang berjaya juga).
- Pembeli selepas ini akan mencipta sejarah seterusnya.
- Pengalaman berniaga online adalah sangat berguna untuk dicatatkan dalam jurnal supaya kita boleh membantu lebih ramai orang untuk berniaga.
- Jangan risau jika orang tu nak berniaga produk yang sama. Ini adalah kerana rezeki telah Allah tentukan sebelum kita ini dijadikan lagi.
- Jika selepas dapat khidmat nasihat anda, beliau berjaya makanya itu memang dan ditentukan sejak azali lagi. Dan insyaAllah setiap produk orang yang anda bantu itu terjual, anda akan dapat pahalanya.
- No worries. Stop complaining and start living.
No comments:
Post a Comment