Thursday, 19 September 2013

Online Business

Assalammualaikum wrt


  1. Mungkin ramai orang di luar sana mahu memulakan perniagaan online.
  2. Nampak ramai orang yang telah mencuba dan berjaya.
  3. Seorang rakan baik saya yang saya kenali sejak 20 tahun dahulu begitu berjaya dengan perniagaan kek dari rumah. Setelah  setahun  berniaga, pendapatannya telah mencapai RM5 ribu ringgit sebulan. Kini, beliau mendapat secara purata daripada RM7k hingga RM9k sebulan bergantung kepada bulan.
  4. Begitu cepat kejayaan beliau, mungkin itulah kata ramai orang.
  5. Bagaimanapun tiada siapa yang melihat usaha keras beliau sewaktu mula-mula menjalankan perniagaan online ini.
  6. Hampir setiap hari tidur hanya 3 - 4 jam sehari. Jika dapat tidur selesa di atas katil selama 5 jam adalah bonus.
  7. Setiap hari beliau membuat eksperimen terhadap resepi yang diperolehi. Bukannya boleh dapat resepi di internet dan cuba dan terus berjaya. Percubaan perlu dilakukan untuk memmastikan kesesuaian adunan. 
  8. Perlu juga mencatatkan masa sesuai untuk membakar kek mengikut oven yang ada. Apa yang menyebabkan kek naik dengan cantik atau kenapakah ada kek yang terlalu kering. Dan macam2 lagi.
  9. Dalam masa yang sama perlu mempelajari perkara penting. Kedai menjual alatan untuk bakers ada banyak dan perlu buat survey yang mana paling lebih murah dan menjual barangan berkualiti.
  10. Sample eksperimen tidak boleh dijual. Di situlah terletaknya kos modal. Hampir beribu kos perlu untuk membuat eksperimen.
  11. Yang paling penting lagi elemen motivasi yang sangat diperlukan. Anda perlu mempunyai seorang rakan yang boleh anda percaya untuk memotivasikan anda agar terus berusaha. 
  12. Ada kalanya dalam perniagaan online ini anda akan rasa patah hati dengan kerenah pelanggan. Ada masanya ahli keluarga sendiri yang menyebabkan anda kecewa.
  13. Banyak masa juga modal perlu dikeluarkan untuk belajar dengan bakers lain. Pembelajaran ini bermodal belaka. Bukan percuma!
  14. Sebab itulah ada masanya barangan yang dijual secara online mempunyai harga yang dikatakan mahal.
  15. Namun, jika semua orang faham perjalanan perniagaan online sama ada yang menjual kek ataupun barangan lain, anda akan faham harganya.
  16. Tambahan lagi harga barangan yang meningkat secara mendadak menyebabkan perniaga terpaksa menaikkan harga barang. 
  17. Jika anda mahu menyertai perniagaan online, saya menyokong 100%. Siapkan diri anda dengan sedikit modul, produk (yang anda suka dan anda mahu jual) dan yang lebih penting lagi kesungguhan dan kerja keras yang tidak boleh dikompromi.
  18. Jika anda memerlukan online coaching, saya sedia membantu.
  19. Email normalizamahadi.hrc@gmail.com 
  20. Contoh-contoh perniaga yang telah berjaya online

No comments:

Post a Comment