Ada dua (2) jenis sabar.
1. Sabar aktif.
2. Sabar pasif.
Di dalam menjalankan program ataupun sesi kaunseling, saya suka berkongsi tentang dua (2) jenis sabar ini.
Sebelum menerangkan apakah kedua jenis sabar ini, saya ingin memberikan contoh-contoh yang biasa kita hadapi dan kita dengar di sekeliling kita:
1. Ntahlah bilalah nak berubah. I dah bagi dia peluang 20 tahun. I tunggu jugak dia berubah walaupun dia selalu mungkir janji. I berSABAR demi anak-anak. Harapnya dia berubahlah satu hari nanti. (Luahan hati seorang isteri yang mempunyai suami yang bermasalah tegar).
2. Dah dua jam i tunggu. I tak taulah datang ke tidak dia ni. Telefon tak angkat. SMS tak balas. Kalau tak nak datang cakaplah. Ingat kita ni kerja lain agaknya. Nasib baik I SABAR. Kalau tak ntahlah. (Kata seorang kawan yang telah 2 jam menunggu kawannya)
3. Dah 10 tahun I kerja sini, kawan2 yang sama masuk ngani, semuanya dah naik pangkat. Ada yang dah jadi GM dah. I ni bilalah nak naik agaknya. Berhenti nanti pandan muka boss. I ni SABAR, kalau tak dah lama I berhenti.
4. Saya tetap akan tunggu dia balik mak. Saya tahu dia ingat saya dan sayang saya. Dia dah janji akan kahwin dengan saya. Saya hanya perlu SABAR mak. Tolonglah faham saya. (Rayu seorang gadis yang menunggu teman lelakinya yang hilang tanpa khabar berita).
5. Saya bagi abang peluang sampai hujung tahun ni untuk cari kerja, Jika abang masih tak dapat kerja, abang kena jual nasi lemak. Sebab saya dah bagi abang peluang selama 2 tahun untuk cari kerja. Saya dah berSABAR lama. Saya rasa tempoh yang saya bagi tu cukup untuk abang cari kerja. (Isteri memberi suami pilihan yang ada).
6. I rasa budak2 ni ada peluang untuk jadi pelajar cemerlang. Mereka hanya perlu dibantu dengan lebih kerap sahaja. Kelas tambahan yang dirancangkan adalah sangat baik untuk membantu mereka. Sebelum tu kita perlu berSABAR.
7. En Amran dah diberi 3 bulan untuk memperbaiki rekod kedatangan En Amran yang selalu terlewat. Saya sebagai ketua berSABAR dalam tempoh itu. Namun, saya kini terpaksa mengambil tindakan sebab En Amran telah melanggar perjanjian.
Contoh-contoh di atas semuanya menceritakan mengenai SABAR. Namun, bagaimanapun sabar ini mempunyai perbezaan.
Contoh No 1 - 4 adalah contoh SABAR PASIF. Sabar membabi buta. Tiada tempoh. Berharap perkara berubah tetapi tiada tindakan yang dibuat untuk mengubah keadaan.
Contoh No 5 - 7 adalah contoh SABAR AKTIF. Sabar yang bersistem. Mempunyai tempoh. Mahu perubahan dan disertakan dengan tindakan.
BerSABAR memerlukan kebijaksanaan. Ada kalanya orang berSABAR bukan kerana sabar tetapi kerana tidak mahu berubah ataupun bertindak.
Makanya, jika anda berSABAR pastikan SABAR anda adalah AKTIF bukannya PASIF.
No comments:
Post a Comment