Monday, 6 January 2014

Antara kePERLUan dan keMAHUan

Salam

Saya suka idea hanya bapa yang keluar bekerja dan  ibu berada di rumah untuk menguruskan keluarga.

Dalam masa yang sama, ibu mempunyai peluang menambahkan pendapatan dari rumah dan bapa juga mempunyai alternatif lain selain bekerja untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat ini.

Bagaimanapun saya yakin, satu-satunya cara untuk mencapai keadaan yang ideal ini adalah melalui perancangan kewangan. Ini adalah kerana kebanyakan isteri keluar bekerja kerana ingin membantu suami menambahkan pendapatan.

Persoalan yang ada adalah, benarkan pendapatan suami tidak mencukupi untuk memenuhi kePERLUan atau keMAHUan?

Saya memikirkan sejak lama dahulu apakah kePERLUan sesebuah rumahtangga. Maka saya senaraikan beberapa kePERLUan rumahtangga. KePERLUan ini membawa maksud, ianya memang diPERLUkan dalam rumahtangga.

Senarai kePERLUan,

1. Rumah atau Bilik.

Bergantung kepada keadaan. Mungkin bagi pasangan yang baru berkahwin mempunyai rumah sewa atau sendiri tidaklah kritikal. Bilik sewa juga adalah sesuatu alternatif yang boleh difikirkan. Bilik sewa kemungkinan boleh didapati jika anda mempunyai adik beradik yang telah berkahwin dan mereka mempunyai bilik untuk disewakan kepada anda. Lebih selesa kerana mereka adalah kaum keluarga sendiri. Jika tidak ada peluang ini, anda bolehlah memilih alternatif rumah sewa.

Harga rumah sewa boleh didapati dari RM450 - beribu-ribu ringgit. Anda perlu bijak memilih tempat sahaja. Ada masanya anda perlu memilih tempat yang sedikit jauh dari bandar untuk mendapat harga yang berpatutan. Pengorbanan yang perlu dibuat adalah dari segi masa perjalanan ke tempat kerja.

2. Elektrik dan Bekalan Air.

Jumlah bil elektri dan air adalah di bawah kawalan anda. Jika anda berjimat, anda boleh memberi lebih nilai kepada wang anda.

3. Kenderaan

Anda memerlukan kenderaan? Ya! Saya juga.

Namun, jika anda hanya berdua, motor sahaja sudah memadai. Ramai yang berhujah dengan saya bahawa motor adalah kenderaan kurang selamat. Pada pandangan saya kereta, lori, basikal dan kapalterbang juga sama. Semuanya terdedah kepada bahaya. Hatta berjalan kaki juga mempunyai risiko tersendiri.

Jika telah mempunyai anak, kereta mungkin diperlukan isteri. Suami masih boleh menggunakan motor untuk ke pejabat. Kereta membolehkan isteri menghantar anak kesekolah atau ke klinik apabila kecemasan.

Jenis kereta tidaklah kritikal. Beli apa yang mampu dibayar. Saya fikir kancil 2nd atau 3rd hand telah memadai. Jika sedikit mampu wira juga adalah pilihan. Kedua kereta ini mempunyai penjimatan dengan cara yang tersendiri. Dan penyelengaraannya adalah murah.

4. Barangan Elektrik Di Rumah


  • Peti Ais 
  • Mesin Basuh
  • Periuk Nasi
  • TV (tidak diperlukan langsung!). Tanpa TV anda akan mendapati kehidupan anda lebih seronok kerana mempunyai aktiviti yang lebih sihat dengan anak-anak.
5. Peralatan Memasak dan Makan

6. Alat perhubungan

Nokia RM70 boleh digunakan sebagai alat perhubungan.

7. Komputer dan talian internet

Bagi ibu yang mempunyai urusan perniagaan dalam talian.

8. Perabot

  • Katil dan tilam (sangat penting untuk tidur dan berehat)
  • Almari baju
9. Lain-lain seperti barangan kelengkapan dan kebersihan diri.

10. Selain di atas semuanya keMAHUan.

KeMAHUan ini tiada hadnya. Macam2 yang kita nak untuk keluarga padahal jika tiada pun keluarga masih boleh hidup.

Jangan kelirukan diri anda sendiri.

Jika anda mampu membezakan antara kePERLUan dan keMAHUan,anda mampu hidup dalam keadaan yang minimum. Kehidupan minimum bukanlah bermakna kehidupan yang daif tetapi lebih kepada sederhana. 

Dengan adanya ibu yang tinggal di rumah, banyak isu terkini yang menjadi igauan ibubapa boleh diselesaikan. 

Hidup kita di dunia ini hanyalah sebagai musafir. Umpama tinggal di hotel yang sementara untuk pulang ke rumah yang abadi iaitu akhirat. Tinggal di hotel seminimum mungkin kerana pasti akan kembali ke rumah. 

Namun, ramai yang begitu khusuk tinggal di hotel sehingga terlupa masa untuk pulang telah hampir tiba. 

On the authority of Ibn Umar, may Allah be pleased with both of them, who said: The Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) took hold of my shoulder and said, ‘Be in the world as if you were a stranger or a traveller along the path.” And ibn Umar would say, “If you survive till late afternoon, do not expect [to be alive in] the morning. If you survive till morning, do not expect [to be alive in] the late afternoon. Take from your health before your sickness and your life before you death.”(Recorded in al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment