Assalammualaikum wrt
Kepada ibubapa yang mempunyai anak ketagihan dadah, serahkahlah anak anda kepada polis untuk tindakan lanjut. Menyimpan anak di rumah kerana sayangkan mereka adalah tindakan kurang tepat.
Ini adalah kerana penagih dadah memerlukan pakar untuk membantu mereka. Mereka tidak mungkin akan dipulihkan dengan berjumpa dukun kampung, menasihati sambil menangis ataupun memukul mereka.
Realiti ini memang pahit kerana anak perlu dihantar ke penjara atau pusat pemulihan tetapi itulah hakikatnya. Mereka tidak mungkin dipulihkan di rumah.
Ramai ibubapa yang menyimpan anak yang menagih di rumah kerana kesihankan anak, namun sebenarnya ibubapa ini membuat tindakan yang kurang tepat. Anak ini terdedah kepada membuat jenayah di luar untuk mendapat bekalan dadah dan juga dalam masa yang sama membahayakan nyawa ibu bapa dan adik beradik yang lain kerana tindakan aggresif penagih apabila mahu mendapatkan bekalan.
Kepada ibubapa yg masih tidak mempunyai anak yang menagih, bapa perlulah memulakan langkah dengan berhenti merokok. Rokok adalah salah satu cara anak2 berkenalan dengan dadah. Jika bapa berhenti merokok, mudah untuk memantau anak supaya tidak berjinak dengan rokok.
Dan mantaulah pergerakan anak anda. Anak sepatutnya berada di rumah sebelum waktu maghrib dan hanya dibenarkan keluar siang hari esoknya. Ada ramai remaja yang masih berkeliaran di tempat awan pada waktu malam, melepak bersama kawan2.
DADAH perlu dihentikan.
Regards,
LIZ
No comments:
Post a Comment