Tuesday, 1 March 2016

Assalammualaikum

Testing

Monday, 7 July 2014

APA REMOTE CONTROL HIDUP ANDA?

Biasa dengar orang tak puas hati dengan majikan, tempat kerja dan rakan sepejabat? Mesti biasa dengarkan.

Individu ini akan mengadu dan terus mengadu tentang 3 perkara di atas. Dan akan mengakhiri bicara dengan menyatakan bahawa dia akan berhenti kerja apabila mendapat pekerjaan baru.

Bagaimanapun, perasan tak? Mereka ini langsung tidak mencari kerja lain. Jadi bagaimana nak dapat kerja, kalau tak mohon pekerjaan lain?

Sebenarnya individu yang suka 'complain' mengenai pekerjaan mereka adalah individu yang tidak adil pada diri sendiri. Bila anda complain, anda telah set remote diri anda kepada

1. Tak suka boss
2. Tak suka kerja
3. Persekitaran kerja tak best
4. Tak mahu buat bersungguh2
Dsbgnya.

Akibatnya, anda jadi pekerja yang below performance dan akan dilayan dengan lebih teruk. Dan kerana anda manusia, anda akan kata anggapan anda selama ini tentang kerja anda adalah betul. Sebenarnya, anda dilayan teruk bukan sebab persekitaran kerja, tetapi kerana anda below performance.

Tukar remote anda

1. Saya mahu jadi pekerja terbaik
2. Saya nak enjoy bekerja
3. Persekitaran kerja saya blh dibentuk
4. Saya akan bersungguh2 bekerja tanpa mengira persekitaran kerja

Jika ini remote yg anda pilih, anda akan mula menjadi pekerja yang menarik, rajin, disukai dan diterima ramai.

#changeyourremote

Monday, 14 April 2014

DADAH!

Assalammualaikum wrt

Kepada ibubapa yang mempunyai anak ketagihan dadah, serahkahlah anak anda kepada polis untuk tindakan lanjut. Menyimpan anak di rumah kerana sayangkan mereka adalah tindakan kurang tepat.

Ini adalah kerana penagih dadah memerlukan pakar untuk membantu mereka. Mereka tidak mungkin akan dipulihkan dengan berjumpa dukun kampung, menasihati sambil menangis ataupun  memukul mereka.

Realiti ini memang pahit kerana anak perlu dihantar ke penjara atau pusat pemulihan tetapi itulah hakikatnya. Mereka tidak mungkin dipulihkan di rumah.

Ramai ibubapa yang menyimpan anak yang menagih di rumah kerana kesihankan anak, namun sebenarnya ibubapa ini membuat tindakan yang kurang tepat. Anak ini terdedah kepada membuat jenayah di luar untuk mendapat bekalan dadah dan juga dalam masa yang sama membahayakan nyawa ibu bapa dan adik beradik yang lain kerana tindakan aggresif penagih apabila mahu mendapatkan bekalan.

Kepada ibubapa yg masih tidak mempunyai anak yang menagih, bapa perlulah memulakan langkah dengan berhenti merokok. Rokok adalah salah satu cara anak2 berkenalan dengan dadah. Jika bapa berhenti merokok, mudah untuk memantau anak supaya tidak berjinak dengan rokok.

Dan mantaulah pergerakan anak anda. Anak sepatutnya berada di rumah sebelum waktu maghrib dan hanya dibenarkan keluar siang hari esoknya. Ada ramai remaja yang masih berkeliaran di tempat awan pada waktu malam, melepak bersama kawan2.

DADAH  perlu dihentikan.

Regards,
LIZ

Monday, 6 January 2014

Antara kePERLUan dan keMAHUan

Salam

Saya suka idea hanya bapa yang keluar bekerja dan  ibu berada di rumah untuk menguruskan keluarga.

Dalam masa yang sama, ibu mempunyai peluang menambahkan pendapatan dari rumah dan bapa juga mempunyai alternatif lain selain bekerja untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat ini.

Bagaimanapun saya yakin, satu-satunya cara untuk mencapai keadaan yang ideal ini adalah melalui perancangan kewangan. Ini adalah kerana kebanyakan isteri keluar bekerja kerana ingin membantu suami menambahkan pendapatan.

Persoalan yang ada adalah, benarkan pendapatan suami tidak mencukupi untuk memenuhi kePERLUan atau keMAHUan?

Saya memikirkan sejak lama dahulu apakah kePERLUan sesebuah rumahtangga. Maka saya senaraikan beberapa kePERLUan rumahtangga. KePERLUan ini membawa maksud, ianya memang diPERLUkan dalam rumahtangga.

Senarai kePERLUan,

1. Rumah atau Bilik.

Bergantung kepada keadaan. Mungkin bagi pasangan yang baru berkahwin mempunyai rumah sewa atau sendiri tidaklah kritikal. Bilik sewa juga adalah sesuatu alternatif yang boleh difikirkan. Bilik sewa kemungkinan boleh didapati jika anda mempunyai adik beradik yang telah berkahwin dan mereka mempunyai bilik untuk disewakan kepada anda. Lebih selesa kerana mereka adalah kaum keluarga sendiri. Jika tidak ada peluang ini, anda bolehlah memilih alternatif rumah sewa.

Harga rumah sewa boleh didapati dari RM450 - beribu-ribu ringgit. Anda perlu bijak memilih tempat sahaja. Ada masanya anda perlu memilih tempat yang sedikit jauh dari bandar untuk mendapat harga yang berpatutan. Pengorbanan yang perlu dibuat adalah dari segi masa perjalanan ke tempat kerja.

2. Elektrik dan Bekalan Air.

Jumlah bil elektri dan air adalah di bawah kawalan anda. Jika anda berjimat, anda boleh memberi lebih nilai kepada wang anda.

3. Kenderaan

Anda memerlukan kenderaan? Ya! Saya juga.

Namun, jika anda hanya berdua, motor sahaja sudah memadai. Ramai yang berhujah dengan saya bahawa motor adalah kenderaan kurang selamat. Pada pandangan saya kereta, lori, basikal dan kapalterbang juga sama. Semuanya terdedah kepada bahaya. Hatta berjalan kaki juga mempunyai risiko tersendiri.

Jika telah mempunyai anak, kereta mungkin diperlukan isteri. Suami masih boleh menggunakan motor untuk ke pejabat. Kereta membolehkan isteri menghantar anak kesekolah atau ke klinik apabila kecemasan.

Jenis kereta tidaklah kritikal. Beli apa yang mampu dibayar. Saya fikir kancil 2nd atau 3rd hand telah memadai. Jika sedikit mampu wira juga adalah pilihan. Kedua kereta ini mempunyai penjimatan dengan cara yang tersendiri. Dan penyelengaraannya adalah murah.

4. Barangan Elektrik Di Rumah


  • Peti Ais 
  • Mesin Basuh
  • Periuk Nasi
  • TV (tidak diperlukan langsung!). Tanpa TV anda akan mendapati kehidupan anda lebih seronok kerana mempunyai aktiviti yang lebih sihat dengan anak-anak.
5. Peralatan Memasak dan Makan

6. Alat perhubungan

Nokia RM70 boleh digunakan sebagai alat perhubungan.

7. Komputer dan talian internet

Bagi ibu yang mempunyai urusan perniagaan dalam talian.

8. Perabot

  • Katil dan tilam (sangat penting untuk tidur dan berehat)
  • Almari baju
9. Lain-lain seperti barangan kelengkapan dan kebersihan diri.

10. Selain di atas semuanya keMAHUan.

KeMAHUan ini tiada hadnya. Macam2 yang kita nak untuk keluarga padahal jika tiada pun keluarga masih boleh hidup.

Jangan kelirukan diri anda sendiri.

Jika anda mampu membezakan antara kePERLUan dan keMAHUan,anda mampu hidup dalam keadaan yang minimum. Kehidupan minimum bukanlah bermakna kehidupan yang daif tetapi lebih kepada sederhana. 

Dengan adanya ibu yang tinggal di rumah, banyak isu terkini yang menjadi igauan ibubapa boleh diselesaikan. 

Hidup kita di dunia ini hanyalah sebagai musafir. Umpama tinggal di hotel yang sementara untuk pulang ke rumah yang abadi iaitu akhirat. Tinggal di hotel seminimum mungkin kerana pasti akan kembali ke rumah. 

Namun, ramai yang begitu khusuk tinggal di hotel sehingga terlupa masa untuk pulang telah hampir tiba. 

On the authority of Ibn Umar, may Allah be pleased with both of them, who said: The Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) took hold of my shoulder and said, ‘Be in the world as if you were a stranger or a traveller along the path.” And ibn Umar would say, “If you survive till late afternoon, do not expect [to be alive in] the morning. If you survive till morning, do not expect [to be alive in] the late afternoon. Take from your health before your sickness and your life before you death.”(Recorded in al-Bukhari)

Monday, 23 December 2013

Berhenti Mengadu, Ambil Tindakan!

Saya biasa berada di dalam persekitaran yang mana terlalu banyak aduan yang terpaksa saya didengar.

Pada pandangan saya, anda juga kadangkala berada di persekitaran yang sama.

1. Memang ramai orang yang memang mempunyai tabiat semulajadi mengadu dan mengadu serta mengadu. Hampir separuh hari siangnya dihabiskan dengan mengadu pelbagai perkara.
2. Aduan ini boleh dikategorikan kepada beberapa perkara. Aduan mengenai kerjaya, pasangan hidup, anak-anak, saudara mara, politik, persekitaran, jiran, pengguna jalan raya dan sebagainya.
3. Aduan ini kadangkala tiada penghujungnya. Anda yang mendengar tiada daya untuk berbuat apa-apa pada perkara yang diadukan.
4. Sebagai contoh, jika rakan mengadu tentang ketidakadilan di tempat kerja, bagaimanakah anda sebagai pendengar boleh membantu? Kerana mendengar sahaja kadangkala tidak mencukupi. Anda perlu juga memberi maklumbalas. Maklumbalas yang bagaimana yang boleh anda berikan jika anda tidak mendapat latihan khas untuk memberi maklumbalas.
5. Jika sekadar menyuruh bersabar, pihak yang mengadu akan menyatakan yang dia telah puas bersabar.
6. Anda terus mati akal dan berasa lemas dengan segala aduan lagi. Aduan yang sama akan berterusan untuk anda dengar selagi anda mengenali si pengadu.

Cadangan saya:

1. Anda perlu memberitahu pengadu bahawa mereka perlu bertindak. Jika ada masalah dengan pasangan, perlu beritahu pasangan. Jika ada masalah dengan rakan sekerja, perlu beritahu rakan sekerja. Complain to the right person.
Jika pengadu tidak mahu bertindak, minta mereka berhenti mengadu.
2. Berhenti mendengar. Jika pengadu tidak mahu bertindak, anda berhenti mendengar. Mendengar aduan meletihkan dan menghilangkan motivasi kerana anda biasanya akan dibawa emosi bersama pengadu.
3. Jika pengadu masih mahu mengadu, minta mereka berjumpa kaunselor ataupun orang2 lain yang mempunyai kepakaran mendengar dan membantu pengadu bertindak.
4. Jika pengadu masih enggan, anda berdoalah supaya Allah mudahkan hidupnya.

Sekian, harap maklum.


Sunday, 22 December 2013

Bila Nak Mati?

Soalan ini belum pernah ditanyakan kepada saya lagi oleh sesiapapun.

Namun, apa berlaku agaknya jika ada yang bertanyakan soalan ini?

Saya akan berkecil hati. 'Sampai hati tanya soalan macam tu', mungkin itulah kata saya selepas ditanyakan soalan ini.

Jika yang bertanyakan adalah orang yang rapat dan dekat, mau menangis dibuatnya. Mungkin juga putus persahabatan atau persaudaraan.

Mungkin bertumbuk jika yang ditanya lelaki dan yang bertanya juga lelaki. 'Kurang ajar!' kata pihak yang ditanya. Tak ada soalan lain ke?

Siapa yang menetapkan atau mengajar kita bahawa soalan 'Bila Nak Mati' ini sensitif dan tidak boleh ditanya? Dalam ingatan saya belum ada sesiapa yang mengajar saya tentang ketidaksesuaian soalan ini.

Tetapi jika dikaji balik soalan ini adalah tepat. Memang semua orang akan mati cuma tak tahu bila sahaja. Walaupun cerita TV mengajar kita bahawa pesakit cancer contohnya mengetahui tarikh kematian mereka, namun ianya hanya tekaan doktor sahaja. Doktor bukan Allah. Doktor hanya mengagak tetapi bukan penentu kematian. Detik kematian adalah rahsia Allah.

Namun yang pastinya  adalah soalan mati adalah senstif untuk semua orang.

Cuba fikirkan soalan lain pula.


  1. 'Bila nak kahwin?'
  2. 'Bila nak ada anak ni?'
  3. 'Bila nak terima menantu?'
  4. 'Bila nak timang cucu?'


Semua soalan di atas juga sensitif. Tidak  semestinya dewasa aje, Allah tetapkan ada jodoh. Ada yang sehingga ke hujung nyawa, tiada jodoh untuknya.

Tidak semestinya kahwin, Allah tetapkan akan ada anak. Begitu ramai pasangan yang kahwin tetapi tidak mempunyai anak. Allah menetapkan rezeki anak tiada dalam perkahwinannya.

Tidak semestinya ada anak, akan terima menantu.

Tidak semestinya ada menantu akan ada cucu.

Makanya keempat-empat soalan di atas lebih kurang sesuai ditanya berbanding dengan soalan 'Bila Nak Mati?'

Soalan2 di atas tidak boleh dijawap kerana tiada pengetahuan tentang akan adanya jodoh, adanya anak, adanya menantu dan adanya cucu.

Tetapi soalan tentang 'Bila Nak Mati?' Lebih mudah dijawap dengan penuh keyakinan... 'Saya Pasti Akan Mati. Terima kasih kerana mengingatkan'....

So, Bila Nak Mati?

Love,

LIZ...


Tuesday, 17 December 2013

10 Tips Untuk Menyimpan RM10,000.00 pada tahun 2014.

Assalammualaikum,

cara2 untuk menyimpan RM10,000 pada tahun 2014.

1. Jimatkan RM50 daripada bil bulanan telefon anda.
RM50 X 12 = RM600.00

2. Jimatkan bil elektrik dan bil air sebanyak RM50 sebulan.
RM50 X 12 = RM600.00

3. Jimatkan petrol sebanyak RM70 sebulan.
RM70 X 12 = RM840.00

4. Jimatkan makan di luar sebanyak RM100 sebulan.
RM100 X 12 = RM1,200.00

5. Puasa hari Isnin dan Khamis setiap minggu. 
Penjimatan RM15 X 2 = RM30 seminggu.
RM30 X 4 = RM120 sebulan
RM120 X 12 = RM1,440.00 setahun

6. Jadikan sehari hari tanpa belanja setiap bulan. 
Penjimatan RM50
RM50 X 12 = RM600.00

7. Membaca suratkhabar online setiap hari.
RM1.20 X 365 hari = RM438.00

8. Membawa bekalan air kosong setiap hari.
RM1.50 X 365 hari = RM547.50

9. Berhenti merokok.
RM10 X 365 hari = RM3,650.00
(if applicable)

10. Berhenti membeli majalah.
RM7.00 X 12 bulan = RM84.00

Jumlah keseluruhan penjimatan yang boleh dijadikan simpanan adalah RM9999.50 sen. Tambahlah lagi RM0.50.

Selamat Menyimpan!!!