Friday, 30 August 2013

10 Pahala Vs 1 Dosa

Assalammualaikum

  • Pahala

  • Berfikir untuk buat satu kebaikan, Allah berikan satu (1) pahala. 
  • Bila buat kebaikan tersebut, Allah memberi 10 pahala sebagai ganjaran.
  • "Sesiapa yang datang dengan kebaikan maka baginya 10 kali ganda dan sesiapa yang membawa kejahatan mata tidak diber ganjaran melainkan satu pahala dan mereka tidak dizalimi." (Surah al- An'am : 60)
  • Ganjaran ini kadang-kadang digandakan lagi sehingga 700 kali ganda sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Dan adapun 1 kebaikan di beri ganjaran dengan 10 pahala, maka mereka yang beramal kebaikan maka baginya 10 kali ganda pahalanya, dan adapun 1 kebaikan diberi ganjaran 700 kali ganda kerana melakukan sumbangn ada jalan ALLAH.

  • Dosa

  • Berfikir untuk buat satu keburukan, tiada dosa dikira.
  • Bila buat satu keburukan, maka dapatlah satu (1) dosa. 

  • Kesimpulannya

  • Selagi masih hidup ini marilah kita sama-sama berbuat banyak kebaikan.

Thursday, 29 August 2013

Isteri Yang Didera

Sebagai kaunselor keluarga inilah pemerhatian saya tentang penderaan isteri. Saya mendapat sekurang2nya 10 kes dalam setahun. Jika dilihat daripada segi statistik, jumlah ini tidak ramai. Namun, saya yakin ada 1001 kes lagi yang tidak direkodkan.

Pengalaman saya membantu isteri terdera membuatkan saya membuat kesimpulan ini
1. Kebanyakkan isteri yang terdera menganggap suami akan berubah. Ini adalah kerana selepas suami memukul dan mencederakan isteri, suami ini akan memohon maaf, berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan memberitahu isteri beliau menyesal serta akan berubah. Walaupun setelah 20 tahun tiada perubahan, isteri masih mengharap suami berubah.
2. Ada isteri yang merasakan pukulan suami itu adalah disebabkan salah diri sendiri.
- Kalaulah aku tak cakap mcm ni tadi mesti tak kena pukul
- Kalau aku masak cepat sikit tadi mesti tak jadi macam ni
- Kalau aku diam aje, tentulah suami aku tak naik angin
3. Segelintir isteri yang terdera tidak nampak jalan keluar pada permasalah ini kecuali bercerai. Oleh kerana isteri tidak mahu bercerai maka isteri mengambil jalan untuk tidak menyelesaikan masalah ini.
4. Isteri malu mahu meminta bantuan kerana isteri yang terdera mempunyai status buruk dalam masyarakat. Kebanyakkan kes, isteri yang akan dipersalahkan bukan suami. Ini menyebabkan suami naik tocang dan isteri terus pasrah.
5. Untuk berubah, isteri tidak mendapat nasihat yang betul. Ini adalah kerana rakan2 atau saudara mara yang tahu akan hanya melayan isi hati mangsa tanpa memberi solution kepada masalah. Mereka tidak dilatih untuk membantu, hanya dilatih untuk mendengar,
6. Kumpulan sokongan ada tetapi tidak mencukupi. Ini menyebabkan sesiapa yang memerlukan bantuan tidak tahu ke mana arah tujuan mereka. Kumpulan sokongan yang ada hanya tertumpu pada bandar dan tempat tertentu sahaja.
7. Ada keluarga isteri yang lebih rela anak perempuan mereka menjadi mangsa dera suami daripada menjadi janda. Janda lebih buruk statusnya daripada mangsa dera. Makanya keluarga akan menyuruh isteri bersabar.
8. Masyarakat kita lebih banyak berbincang kekurangan isteri tetapi tidak kerap berbincang mengenai penaiktaraf lelaki. Makanya lelaki selalu rasa mereka hebat dan wanita yang perlu berubah. Kalau dalam facebook, macam-macam tips untuk isteri jadi isteri mithali tetapi kurang tips untuk suami. Banyak program perkembangan diri wanita tetapi lelaki hanya dijemput sebagai penceramah.
9. Didikan anak2 oleh ibubapa juga banyak kesilapan. Contohnya anak2 perempuan kadangakala seperti hamba, kena tolong masak, basuh pinggan, hidangkan makanan, kemas rumah, jaga adik dan macam2 lagi. Anak lelaki macam raja dan terus jadi raja bila berkahwin. Raja yang sesuka hati boleh pukul isteri. Anak perempuan tidak diajar tentang hak mereka daripada kecil lagi. Bila dewasa mereka sendiri ragu2 tentang hak.
10. Kita tidak cukup dana segera untuk isteri yang teraniya. Dana segera ini penting untuk isteri membuat keputusan segera. Isteri tahu jika mahu meninggalkan perkahwinan, mereka akan dibantu dari A - Z.
11. Isu 'nusyuz' juga selalu dimanipulasi oleh pihak lelaki. Kalau isteri tinggalkan rumah, isteri akan hilang semua hak. Makanya, isteri terpaksa juga terus2an didera kerana takut tak dapat jumpa anak.
12. 1001 macam pemerhatian lagi,

Kesimpulannya tiada...
Tepuk dada tanya iman

Liz 2013.

Dulu Vs Sekarang!

Dulu
Seluar dalam akan disidai di dalam bilik air atau jika diluar rumah akan disidai di bawah kain yang lebih besar agar tidak dilihat oleh orang lain. Memalukan jika orang lain nampak seluar dalam.

Sekarang
Seluar dalam disidai di ampaian.
Seluar dalam bukan rahsia, jika ketempat makan anda boleh lihat seluar dalam kebanyakkan orang kerana 'cawat' seluar yang singkat. Bila duduk, seluar dalam akan kelihatan.

Dulu
Bila beli tuala wanita akan dibungkus dlm suratkhabar. Walaupun orang lain akan tahu tetapi membungkusnya adalah lebih sopan. Satu dunia tak perlu tahu seseorang itu datang haid.

Sekarang
Tuala wanita dibeli dengan terbuka.
Saya periodlah. Kata seorang wanita sambil tersenyum manja.
Iklan tuala wanita dilakonkan dengan tuala wanita dicurahkan air berwarna biru.
Model berlari2 riang dgn message, tuala wanita ini sangat selesa.

Dulu
Kalau nak keluar dengan bf, kena sorok2 kerana takut dilihat oleh orang kampung. Akhirnya berbalas surat lebih mudah. Nak jumpa susah sangat.
Ayahpun garang, kalau dia tahu anak dia ada bf, habislah...

Sekarang
Ayah, nak duit. Nak datinglah....
Thanks ayah. Ayah sportinglah...

Dulu
Tali bra kalau nampak, adalah sesuatu yang memalukan. Mahu berhenti kerja kalau ada lelaki lain nampak.

Sekarang
Tali bra atau bra atau breast pun kalau orang tengok takpa.

Dulu
Orang yang berhijab, sentiasa jaga adab dan maruah.

Kini
Berhijab dan bercium atau berpegang2 tangan adalah perkara biasa.

Dulu
Hidup lebih aman. Berita rogol, bunuh, rompak macam tak pernah ada. Sesekali ada, rasa mcm tak percaya.

Sekarang
Kalau sehari tak ada berita rogol, bunuh, rompak macam tak percaya aje.

Wednesday, 28 August 2013

Pengabaian Tanggungjawab Sebagai Ibubapa

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

1. Pengabaian Ibubapa adalah topik hangat diperbincangkan sepanjang zaman
2. Ibubapa yang mengabaikan anak akan menjadi tajuk utama perbincangan di setiap pelusuk tempat
3. Baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai penderaan kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun oleh ibu kandungnya dan terbaru seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan setelah ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya
4. Dan seperti biasa, ramailah yang marah kerana pada pendapat mereka ibu ini adalah ibu yang tidak bertanggungjawab
5. Mendera anak kandung adalah tidak boleh diterima sama sekali
6. Meninggalkan anak di dalam kereta dengan enjin yang dimatikan pula adalah kejam, tidak berperi kemanusiaan, melampau, patut dihukum dan macam-macam cadangan lagi yang diberikan oleh orang awam
7. Namun, menyedihkan jika masyarakat hanya melihat penderaan dan meninggalkan anak di dalam kereta sahaja sebagai pengabaian. Sedangkan ada 1001 macam pengabaian yang hanya dibiarkan sahaja
8. Banyak lagi pengabaian yang tidak dipandang serius oleh masyarakat.
9. Tidak mengajar anak mengenal agama
10. Menyuruh anak yang kecil ke kedai untuk membeli barang keperluan
11. Memukul, memaki dan menyumpah anak di atas kesalahan kecil
12. Tidak membentuk karektor anak menjadi manusia yang berguna
13. Meninggalkan anak yang kecil bersendirian di rumah tanpa pengawasan orang dewasa
14. Meminta anak-anak yang masih kecil untuk menjaga adik mereka
15. Membiarkan anak bermain dengan ipad sepanjang hari untuk memudahkan urusan ibubapa
16. Membiarkan anak menonton rancangan di television yang akan merosakkan konsep kehidupan mereka
17. Tidak mengajak anak bersolat sewaktu anak berusia 7 tahun
18. Membiarkan anak balik ke rumah pada waktu yang mereka sukai sesuka hati anak
19. Tidak hadir ke sekolah apabila anak menerima kad laporan atas alasan sibuk
20. Tidak mengajar anak berkomunikasi dengan orang lain menyebabkan anak tidak tahu cara berkomunikasi yang betul
21. Mengalakkan anak menyertai program maksiat yang sudah tentunya menjauhkan anak daripada Allah
22. Dan 1001 macam pengabaian lagi