Tuesday, 24 September 2013

Berkejar2... Kemanakah arah tujuan anda?

Berkejar2 siapkan diri dan anak2. 
Berkejar2 hantar anak ke sekolah dan ke nursery.
Berkejar pergi kerja.
Berkejar2 siapkan kerja. 
Berkejar2 nak naik pangkat. 
Berkejar2 nak naik gaji. 
Berkejar2 nak dapat bonus. 
Berkejar2 nak penuhkan rumah.
Berkejar2 nak beli kereta baru.
Berkejar2 nak bayar hutang. 
Berkejar2 nak hidup macam orang lain. 
Bekejar2 balik kerja
Berkejar2 amik anak
Berkejar2 siapkan dinner. 
Berkejar2 tido. esok sambung lagi berkejar2 ke sana sini. 
Seolah2 bawa kereta dan tak pernah break, berhenti rehat di R&R dan isi minyak.
Dan... frustnya apabila meninggal nanti perkara pertama yang Allah tanyakan adalah solat...
* Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.

Thursday, 19 September 2013

Perjalanan Memulakan Perniagaan Online (KASEH Fruit Cake)

Ini adalah link FB saya untuk menjual kek buah kukus
https://www.facebook.com/KASEHFruitCake


  1. Buat masa ini 19 Sept 2013 page ini hanya mendapat 62 likes sejak dilancarkan semalam. 
  2. Selepas melancarkan page tersebut, saya mendapat tempahan kek sebanyak 4.5 kg daripada 4 orang kenalan. Not bad ya.
  3. Kek buah pertama saya dibuat pada 8 Sept 2013.
  4. Selepas itu, saya mula merangka keperluan saya. 
  5. Saya memerlukan pengukus bertingkat, papan untuk meletak kek, bekas kek dan bermacam lagi. Hampir ke kedai peralatan kek setiap hari untuk mengemaskini peralatan.
  6. Saya bernasib baik kerana mempunyai seorang kawan baker yang menyebabkan kedai peralatan kek bukanlah kedai yang asing untuk saya. Kebanyakkan peralatan saya telah ada. 
  7. Dan hampir setiap hari juga saya perlu membuat kek ini untuk familiar dengan cara ukusan yang paling betul.
  8. Sejak daripada itu, saya telah membuat lebih kurang lebih kurang 9 adunan kek. 4 adunan reject kerana pahit. Akibat terlalu lama memasak gula. Pengajarannya sangat berguna. Selepas ini saya akan memasak berpandukan masa.
  9. Ada adunan yang reject sebab pahit dan ada juga adunan yang elok tapi bila masak melekat pada aluminium foil yang digunakan untuk menutup bekas. Makanya kek tak cantik.
  10. Kek yang reject bagaimanapun adalah guru yang berharga.
  11. Selepas 9 adunan, barulah adunan seterusnya dapat dijual.
  12. Pembeli pertama saya adalah Haslinda Alias (Bakers yang berjaya)
  13. Pembeli pertama online saya adalah Husna (rakan lama belajar sama2 di ITM dulu)
  14. Pembeli ketiga dan keempat adalah Kak Moni dan Kak Mira (Kedua ni adalah Bakers yang berjaya juga).
  15. Pembeli selepas ini akan mencipta sejarah seterusnya. 
  16. Pengalaman berniaga online adalah sangat berguna untuk dicatatkan dalam jurnal supaya kita boleh membantu lebih ramai orang untuk berniaga.
  17. Jangan risau jika orang tu nak berniaga produk yang sama. Ini adalah kerana rezeki telah Allah tentukan sebelum kita ini dijadikan lagi.
  18. Jika selepas dapat khidmat nasihat anda, beliau berjaya makanya itu memang dan ditentukan sejak azali lagi. Dan insyaAllah setiap produk orang yang anda bantu itu terjual, anda akan dapat pahalanya.
  19. No worries. Stop complaining and start living.

Online Business

Assalammualaikum wrt


  1. Mungkin ramai orang di luar sana mahu memulakan perniagaan online.
  2. Nampak ramai orang yang telah mencuba dan berjaya.
  3. Seorang rakan baik saya yang saya kenali sejak 20 tahun dahulu begitu berjaya dengan perniagaan kek dari rumah. Setelah  setahun  berniaga, pendapatannya telah mencapai RM5 ribu ringgit sebulan. Kini, beliau mendapat secara purata daripada RM7k hingga RM9k sebulan bergantung kepada bulan.
  4. Begitu cepat kejayaan beliau, mungkin itulah kata ramai orang.
  5. Bagaimanapun tiada siapa yang melihat usaha keras beliau sewaktu mula-mula menjalankan perniagaan online ini.
  6. Hampir setiap hari tidur hanya 3 - 4 jam sehari. Jika dapat tidur selesa di atas katil selama 5 jam adalah bonus.
  7. Setiap hari beliau membuat eksperimen terhadap resepi yang diperolehi. Bukannya boleh dapat resepi di internet dan cuba dan terus berjaya. Percubaan perlu dilakukan untuk memmastikan kesesuaian adunan. 
  8. Perlu juga mencatatkan masa sesuai untuk membakar kek mengikut oven yang ada. Apa yang menyebabkan kek naik dengan cantik atau kenapakah ada kek yang terlalu kering. Dan macam2 lagi.
  9. Dalam masa yang sama perlu mempelajari perkara penting. Kedai menjual alatan untuk bakers ada banyak dan perlu buat survey yang mana paling lebih murah dan menjual barangan berkualiti.
  10. Sample eksperimen tidak boleh dijual. Di situlah terletaknya kos modal. Hampir beribu kos perlu untuk membuat eksperimen.
  11. Yang paling penting lagi elemen motivasi yang sangat diperlukan. Anda perlu mempunyai seorang rakan yang boleh anda percaya untuk memotivasikan anda agar terus berusaha. 
  12. Ada kalanya dalam perniagaan online ini anda akan rasa patah hati dengan kerenah pelanggan. Ada masanya ahli keluarga sendiri yang menyebabkan anda kecewa.
  13. Banyak masa juga modal perlu dikeluarkan untuk belajar dengan bakers lain. Pembelajaran ini bermodal belaka. Bukan percuma!
  14. Sebab itulah ada masanya barangan yang dijual secara online mempunyai harga yang dikatakan mahal.
  15. Namun, jika semua orang faham perjalanan perniagaan online sama ada yang menjual kek ataupun barangan lain, anda akan faham harganya.
  16. Tambahan lagi harga barangan yang meningkat secara mendadak menyebabkan perniaga terpaksa menaikkan harga barang. 
  17. Jika anda mahu menyertai perniagaan online, saya menyokong 100%. Siapkan diri anda dengan sedikit modul, produk (yang anda suka dan anda mahu jual) dan yang lebih penting lagi kesungguhan dan kerja keras yang tidak boleh dikompromi.
  18. Jika anda memerlukan online coaching, saya sedia membantu.
  19. Email normalizamahadi.hrc@gmail.com 
  20. Contoh-contoh perniaga yang telah berjaya online

Thursday, 12 September 2013

SABAR AKTIF dan SABAR PASIF

Ada dua (2) jenis sabar.

1. Sabar aktif.
2. Sabar pasif.

Di dalam menjalankan program ataupun sesi kaunseling, saya suka berkongsi tentang dua (2) jenis sabar ini.

Sebelum menerangkan apakah kedua jenis sabar ini, saya ingin memberikan contoh-contoh yang biasa kita hadapi dan kita dengar di sekeliling kita:

1. Ntahlah bilalah nak berubah. I dah bagi dia peluang 20 tahun. I tunggu jugak dia berubah walaupun dia selalu mungkir janji. I berSABAR demi anak-anak. Harapnya dia berubahlah satu hari nanti. (Luahan hati seorang isteri yang mempunyai suami yang bermasalah tegar).

2. Dah dua jam i tunggu. I tak taulah datang ke tidak dia ni. Telefon tak angkat. SMS tak balas. Kalau tak nak datang cakaplah. Ingat kita ni kerja lain agaknya. Nasib baik I SABAR. Kalau tak ntahlah. (Kata seorang kawan yang telah 2 jam menunggu kawannya)

3. Dah 10 tahun I kerja sini, kawan2 yang sama masuk ngani, semuanya dah naik pangkat. Ada yang dah jadi GM dah. I ni bilalah nak naik agaknya. Berhenti nanti pandan muka boss. I ni SABAR, kalau  tak dah lama I berhenti.

4. Saya tetap akan tunggu dia balik mak. Saya tahu dia ingat saya dan sayang saya. Dia dah janji akan kahwin dengan saya. Saya hanya perlu SABAR mak. Tolonglah faham saya. (Rayu seorang gadis yang menunggu teman lelakinya yang hilang tanpa khabar berita).

5. Saya bagi abang peluang sampai hujung tahun ni untuk cari kerja, Jika abang masih tak dapat kerja, abang kena jual nasi lemak. Sebab saya dah bagi abang peluang selama 2 tahun untuk cari kerja. Saya dah berSABAR lama. Saya rasa tempoh yang saya bagi tu cukup untuk abang cari kerja. (Isteri memberi suami pilihan yang ada).

6. I rasa budak2 ni ada peluang untuk jadi pelajar cemerlang. Mereka hanya perlu dibantu dengan lebih kerap sahaja. Kelas tambahan yang dirancangkan adalah sangat baik untuk membantu mereka. Sebelum tu kita perlu berSABAR.

7. En Amran dah diberi 3 bulan untuk memperbaiki rekod kedatangan En Amran yang selalu terlewat. Saya sebagai ketua berSABAR dalam tempoh itu. Namun, saya kini terpaksa mengambil tindakan sebab En Amran telah melanggar perjanjian.

Contoh-contoh di atas semuanya menceritakan mengenai SABAR. Namun, bagaimanapun sabar ini mempunyai perbezaan.

Contoh No 1 - 4 adalah contoh SABAR PASIF. Sabar membabi buta. Tiada tempoh. Berharap perkara berubah tetapi tiada tindakan yang dibuat untuk mengubah keadaan.

Contoh No 5 - 7 adalah contoh SABAR AKTIF. Sabar yang bersistem. Mempunyai tempoh. Mahu perubahan dan disertakan dengan tindakan.

BerSABAR memerlukan kebijaksanaan. Ada kalanya orang berSABAR bukan kerana sabar tetapi kerana tidak mahu berubah ataupun bertindak.

Makanya, jika anda berSABAR pastikan SABAR anda adalah AKTIF bukannya PASIF.

Pendapatan Vs Kehidupan

1. Saya tidak begitu percaya dengan survey mengenai kewangan yang dijalankan.
2. Survey ini menyatakan  jika pendapatan sekeluarga RM6000 dan ada 2 orang anak, pendapatan ini tidak begitu mencukupi. Betulkah begitu?
3. Pada saya pendapatan perlu menyesuaikan diri dengan pendapatan. Bukan pendapatan yang  disesuaikan dengan kehidupan.
4. Pendapatan RM1500 perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan.
5. Pendapatan RM3000 hidup macam pendapatan RM3000.
6. Pendapatan RM6000 hidup macam pendapatan RM6000.
7. Macam mana nak hidup kalau pendapatan RM1500? Pertanyaan ini bernilai RM1 juta.
8. Bagi menjawab soalan yang ditanyakan mari kita lihat keperluan asas manusia.
9. Manusia perlukan makanan, minuman, perlindungan dan perhubungan.
10. Makan sederhana. Minum sederhana.
11. Perlindungan yang sederhana.
12. Perhubungan sederhana.
13. Jika ikut konsep sederhana mesti RM1500 atau pun berapa sahaja gaji mencukupi.
14. Yang jadi tak cukup sekarang ni adalah sebab semua benda nak lebih atau sama macam orang lain.
15. Orang lain nak ipad, dia pun beli.
16. Orang lain ada iphone, dia pun nak.
17. Orang lain ada kete besar, dia pun nak ikut jugak.
Kalau begini cara hidupnya, gaji RM50 ribu pun tak cukup.

Tuesday, 3 September 2013

Harga Petrol Naik 0.20 sen: Tindakan Dalam Kawalan Individu!

1. Harga petrol naik lagi. Saya tak boleh buat apa-apa selain daripada menyatakan ketidakpuasan hati saya. Itu sahaja daya saya.
2. Jika kerajaan sengaja menganiyai rakyat di atas dasar mereka tidak tahu mentadbir wang negara, saya berserah kepada Allah.
3. Berserah kepada Allah bukan bermakna saya redha dipermainkan tetapi lebih kepada saya mahu menggunakan daya pemikiran dan kederat yang ada untuk berusaha memperbaiki kehidupan hidup saya sendiri.
4. Saya menyusun pelan penyesuaian.
5. Peruntukan petrol saya tetap sama. Saya tidak akan menambah peruntukan petrol. Makanya, saya perlu mengurangkan jarak perjalanan kedua2 kereta saya.
6. Penyesuaian yang akan dibuat:

  • Ke pasar hanya 2 kali sebulan (sebelum ini 3 kali). Selain menjimatkan wang pasar, saya akan lebih merancang menu makanan. Penjimatan lebih kurang RM150.
  • Hanya memandu untuk ke tempat yang tiada pengangkutan awam sahaja. Jika ada meeting pukul 10 pagi di sekitar kawasan yang ada kemudahan LRT, akan keluar awal untuk naik LRT. Kereta akan diparking dengan bayaran RM2. Penjimatan sebanyak RM100.
  • Makan di luar dengan budget yang kurang 30% daripada sebelumnya. Sebelum ini budget makan di luar untuk sekeluarga adalah RM200. Sekarang hanya RM140 sahaja. Penjimatan RM60.
  • Membawa air kosong keluar rumah. Menjimatkan pembelian air mineral. Penjimatan RM50.
  • Membekalkan anak-anak makanan untuk ke sekolah. Penjimatan RM60.
  • Hidup biasa2 sahaja tanpa Astro, tanpa data plan utk ipad, bercuti hanya dalam negara, pakaian sederhana, kereta sederhana dan perhiasan rumah serta diri yang sederhana.
  • Bersedekahlah dengan lebih banyak.
7. Pilihan sekarang di tangan anda. Jom berjimat.

Monday, 2 September 2013

MRM and IDT Eid Mubarak 2013

I am talking about Leaders and Teamwork. Also sharing about my future Premarital Program.